"Blog ini dibina oleh saya untuk berkongsi informasi dan tutorial berkaitan lima perisian Adobe Creative Suite yang paling popular iaitu Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Flash, Adobe After Effects dan Adobe Dreamweaver.
Kemahiran saya yang sebenar hanyalah Adobe Flash. Tapi, saya ingin memperkemaskan lagi kemahiran untuk empat perisian yang lain. Jadi, sambil saya memahirkan diri, saya mahu berkongsi ilmu. Semoga ilmu itu digunakan untuk perkara yang bermanfaat pada agama dan negara.
Jika anda mempunyai kemahiran Photoshop, Illustrator, Flash, After Effects atau Dreamweaver yang agak tinggi dan ingin menjadi penulis di dalam blog ini, sila hubungi saya" - Ayeem Jemain
